I LOVE U RUN 2026

Schedule

Sat, 24 Oct, 2026 at 06:45 am

UTC+08:00
Location

UM Arena, University Malaya, KL | Kuala Lumpur, KL

Advertisement
Event Name : I LOVE U RUN 2026
Event Date : 24 Oktober 2026Event Time : 6.45 am-11.30 am
Event Venue : UM Arena Stadium, Universiti Malaya.

I LOVE U RUN ini adalah 5KM FUN RUN yang dianjurkan bersempena World Heart Day 2026 sebagai inisiatif untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan penjagaan kesihatan jantung serta menggalakkan amalan gaya hidup sihat melalui aktiviti fizikal.

Program ini terbuka kepada semua lapisan masyarakat termasuk pelajar, kakitangan, keluarga dan orang awam. Berkonsepkan larian santai tanpa pertandingan, acara ini memberi peluang kepada peserta untuk menikmati pengalaman berlari dalam suasana yang menyeronokkan sambil menyokong kempen kesedaran kesihatan jantung.

Peserta akan mengikuti laluan larian sejauh 5 kilometer (5KM) yang dikawal selia oleh marshal dan petugas keselamatan bagi memastikan kelancaran serta keselamatan sepanjang acara. Selain larian, peserta juga berpeluang menyertai pelbagai aktiviti menarik seperti reruai saringan kesihatan, demonstrasi Resusitasi Kardiopulmonari (CPR), cabutan bertuah, dan aktiviti interaktif lain yang berkaitan dengan kesihatan.

Jom sertai kami dan jadikan setiap langkah anda sebagai langkah ke arah jantung yang lebih sihat! ❤️
Advertisement

Where is it happening?

UM Arena, University Malaya, KL, Kuala Lumpur, Malaysia

Event Location & Nearby Stays:

Know what’s Happening Next — before everyone else does.
Ticket2U
Host or PublisherTicket2U

Ask AI if this event suits you