PAMERAN MOTIF & REKA CORAK TEKSTIL
Schedule
Thu Jul 07 2022 at 09:00 am
Location
Muzium Tekstil Negara Kuala Lumpur Rasmi | Kuala Lumpur, KL
Advertisement
PAMERAN MOTIF & REKA CORAK TEKSTIL 7/7/2022 - 31/12/2022
BERTEMPAT DI GALERI SAINDERA, MUZIUM TEKSTIL NEGARA
ANJURAN MUZIUM TEKSTIL NEGARA, JABATAN MUZIUM MALAYSIA
DENGAN KERJASAMA
KOLEJ PENGAJIAN SENI KREATIF
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
Menyelusuri idea penciptaan dan kehalusan seni tekstil, menyingkap kepelbagaian unsur motif seperti motif flora, fauna, semulajadi, kosmos, alam benda, geometri, kaligrafi, makanan, abstrak dan figura yang menjadi ragam hias dan reka corak pada tekstil.
Setiap reka corak motif yang diilhamkan pada tekstil, adalah hasil observasi alam, manifestasi pemikiran, olahan kreativiti dan adunan cita rasa oleh para pereka. Idea ini seterusnya diterjemah secara denaturalisasi, penggayaan, abstraksi atau geometri sehingga menghasilkan sesuatu corak pada tekstil. Corak motif ini diadun sama ada secara terus, ulangan atau spontan, dan kemudian dilengkapkan dengan ruang bentuk dan pewarnaan sehingga menghasilkan sehelai kain yang sempurna.
Lazimnya, pemilihan dan penghasilan sesuatu unsur motif pada tekstil mempunyai keunikan, keistimewaan dan maksud tertentu yang berhubungkait dengan kehidupan masyarakat.
Advertisement
Where is it happening?
Muzium Tekstil Negara Kuala Lumpur Rasmi, Kuala Lumpur, MalaysiaEvent Location & Nearby Stays: