Kuala Lumpur Casting Challenge 2025
Schedule
Sun, 23 Feb, 2025 at 07:00 am
UTC+08:00Location
Taman Tasik Metropolitan Kepong | Kepong, KL
Advertisement
🎣Kuala Lumpur Casting Challenge 2025🎣🏞️Taman Tasik Metropolitan Kepong ✅
KLCC2025 Sekali lagi akan diadakan di lokasi yang sama iaitu di Taman Tasik Metropolitan Kepong, Kuala Lumpur.
Pertandingan ini diilhamkan daripada penganjuran Snakehead Battle oleh pihak Team Damansara Caster (TDC) sejak beberapa edisi tahunan.
Motif penganjuran KLCC2025 adalah sama seperti edisi yang lepas dimana kami cuba kumpulkan seramai mungkin caster-caster seluruh negara untuk berkumpul, berkongsi ilmu dan pengalaman sambil masing-masing boleh mencuba pelbagai teknik pancingan gewang. Secara tidak langsung ianya juga dapat memupuk semangat setiakwan antara semua dan juga memberi kesedaran akan betapa pentingnya ekosistem ikan air tawar di Malaysia.
Kenapa lokasi ini menjadi pilihan?
Tasik Metropolitan Kepong merupakan kawasan larangan memancing yang dikuatkuasakan oleh pihak DBKL.
Tentu sekali terdapat pelbagai spesis ikan yang hidup bebas tanpa tanpa ancaman kepupusan. Terdapat puluhan ribu ikan hidup di sini.
Antara fakta menarik, edisi KLCC2024 telah berjaya mendaratkan sejumlah lebih dari 100 ekor ikan pelbagai spesis dalam masa 4 jam.
Tentunya spesis toman menjadi daya penarik bagi pemancing menduga lokasi ini.
Ukurlilit tasik yg hampir sepanjang 4km, membuatkan ianya adalah lokasi yang mempunyai pelbagai spot ubtuk diduga.
Syarat utama tetaplah 'catch n' release' sesuai dengan motif kita untuk menjaga spesis-spesis ikan yang dianggap menjadi kegilaan para pemancing sekalian.
Sehubungan dengan itu kami sekali lagi memohon kebenaran dari pihak DBKL untuk anjurkan lagi temasya ini.
Jadi kami juga sekali lagi mencabar para pemancing seluruh negara untuk sahut cabaran kami, turun sertai KLCC2025, sama-sama kita berkumpul, berukhwah, kongsi ilmu dan pengalaman dan buktikan anda seorang caster yang sanggup menduga pelbagai teknik dan gewang di sini.
Ini semua adalah kesinnambungan daripada penganjuran edisi yang lepas, yang berjaya mengumpulkan seramai 320 peserta dalam tempoh 3 minggu.
Juga tidak lupa kepada penaja KLCC2024 yang lepas atas pelbagai sumbangan hadiah yang diberikan.
Antara penaja utama edisi yang lepas ialah:
Ichikawa Fishing Malaysia (mata kail rasmi pertandingan)
@Angler's Department
@mistery fresh & ocean
TackleTory
Kail Empire Fishing Zone
Drave
Kanicen Nix
LUKUT FISHING POINT
Viva Tom's
KarauZone Fishing
KarauZone Custom Fishing Rods
Ozmy
Untuk makluman juga seperti edisi yang lepas, terdapat hadiah-hadiah mengikut kategori iaitu:
🎣Toman terberat
Tempat Pertama sehingga Kelima
🎣Haruan terberat
Tempat Pertama sehingga Kelima
🎣Istimewa (ikan rare yang akan dituntukan oleh juri dan marshal bersandarkan tahap susah dipancing/atau apa-apa yang menarik minat pihak juri)
Tempat Pertama sehingga Kelima
3 reel telahpun disahkan untuk dijadikan hadiah cabutan bertuah khas untuk peserta KLCC2025:
Daiwa Steez 2024
Shimano Bantam
Shimano SLX DC
Pihak Ichikawa juga setia menjadi rakan mata kail rasmi kali ini.
Ichikawa akan sumbangkan hadiah khas untuk setiap kategori
1st RM500
2nd RM300
3rd RM200
-Syarat: pemenang mestilah menggunakan mata kail Ichikawa semasa memdaratkan ikan
Diamping itu juga Ichikawa sumbangkan pelbagai hadiah untuk cabutan bertuah.
Pihak Tackle Tory, Kail Fishing Empire, juga telah nyatakan untuk manjadi rakan penaja hadiah-hadiah pertandingan.
Kami akan umumkan lagi penaja-penaja yang akan turut serta nanti.
Jangan lepaskan peluang anda kali ini.
Klik pautan di bawah untuk mendaftar!
https://forms.gle/1TzBd48HRNoNB3zT9
Kos yang kami kenakan adalah untuk caj sewaan tasik, kos lepaskan benih ikan ke dalam tasik(syarat dari DBKL), fasiliti lain, urusetia, marshal dan pakaian peserta.
Yuran penyertaan:
RM110
-Jersey rasmi (pilihan lengan pendek atau panjang)
-Buff
-Lanyard dan tag
-Cabutan bertuah
Bagi yang mahukan dua helai baju (lengan pendek dan panjang sekaligus) hanya perlu tambah RM50.
Advertisement
Where is it happening?
Taman Tasik Metropolitan Kepong, Lebuhraya Kepong Batu Caves, Kepong, MalaysiaEvent Location & Nearby Stays: