BARBARIK Pentas Keras

Schedule

Sat Dec 24 2022 at 08:45 pm

Location

Zepp Kuala Lumpur | Kuala Lumpur, KL

Advertisement
BARBARIK itu sifatnya canggung dalam persekitaran. Menongkah arus. Dianggap sebagai ganas. Kurang ketamadunan dan tidak berperikemanusiaan. Namun, didalam konteks muzik rock’ sebaliknya ia adalah usaha untuk menjadi 1 dalam 1000. Meluahkan segalanya dalam kebingitan ‘distortion’ dan 'amplified sound' serta kelantangan vokal. Agar mampu didengari dan menggamit perhatian mereka yang prihatin akan erti perjuangan sebuah kehidupan. BARBARIK itu satu ekspresionisme muzik rock.

Dua figura hebat arena muzik rock tempatan bergabung di PENTAS KERAS membentuk satu jenama, BARBARIK. Mereka adalah Jo Branko, komposer dan penerbit serta bekas gitaris kumpulan Wings, bergandingan bersama Muss, bekas vokalis kumpulan May. Jo Branko, seorang hero gitar yang terkenal dengan bunyi gitarnya yang lantang dan memukau, bergabung pula dengan vokal bernada tinggi Muss adalah satu padanan yang telah lama diimpikan dan dinantikan oleh para peminat muzik rock. Mereka pernah bergabung 22 tahun dahulu bilamana Muss menjadi vokalis untuk 4 buah album studio kumpulan Wings diantara tahun 1996 hingga 2000, ketika ketiadaan vokalis utama Wings. Muss dianggap salah seorang vokalis rock terbaik tanahair. Album album yang dirakam bersama kumpulan Wings tersebut memberikan impak yang kuat kepada peminat rock yang dahagakan muzik yang lebih keras.

Kini, atas dasar perjuangan muzik rock yang sudah menjadi darah daging sejak lebih 36 tahun, mereka kembali bersama. Konsert BARBARIK ‘PENTAS KERAS’ menjadi medan meraikan kemampuan vokal Muss bergandingan dengan Jo Branko. ‘PENTAS KERAS’ adalah satu persembahan yang merangsang minda dan deria penonton dengan muzik sebagai medium perubahan dan luahan suara generasi.

Selain Jo Branko dan Muss sebagai teraju utama, BARBARIK ‘PENTAS KERAS’ juga akan diiringi oleh beberapa orang pemuzik profesional. Konsert yang akan berlangsung pada jam 8.45 malam, Sabtu 24 Disember 2022 di Zepp Kuala Lumpur ini dibawakan kepada anda oleh Anggerik Event Sdn Bhd.
Advertisement

Where is it happening?

Zepp Kuala Lumpur, B2-01-02, Level B2, Entertainment Hub, BBCC, 2, Jalan Hang Tuah,Kuala Lumpur, Malaysia

Event Location & Nearby Stays:

Ticket2u

Host or Publisher Ticket2u

It's more fun with friends. Share with friends