Baale - Fortuna Live in Kuala Lumpur
Schedule
Sun, 15 Jun, 2025 at 08:00 pm
UTC+08:00Location
Zepp Kuala Lumpur | Kuala Lumpur, KL
Advertisement
BAALE - FORTUNA Live in Kuala Lumpur Bakal Cipta Momen di Zepp KLIqbaal Ramadhan menapaki belantika muzik melalui boyband” Coboy Junior pada tahun 2011 bersama Bastian Steel, Teuku Rizky (Kiki), dan Aldy Maldini yang bubar pada 2017.
Tentu sahaja, suka atau tidak nama Iqbaal Ramadhan akan selalu dan terus diasosiasi dengan panggilan Dilan ; karakter yang dimainkan dalam filem Dilan 1990. Iqbaal Ramadhan lebih dikenali sebagai sosok aktor Indonesia yang sudah mencetak pelbagai rekod.
Sehingga ramai yang terlupa bahawa Iqbaal Ramadhan bukan hanya seorang aktor. Iqbaal Ramadhan juga adalah vokalis dan pemuzik. Vokalnya malah dipinjamkan saat menyanyi dalam runut bunyi Dilan 1990 berjudul Rindu Sendiri.
Pada tahun 2024 khabar gembira buat peminat, beliau kembali ke panggung sebagai solois yang bernuansa BritPop yang diberi nama BAALE. Pemilihan nama panggung BAALE memiliki makna tersendiri bagi Iqbaal karena bisa menjadi sebuah kanal berkarya mandiri, independen, dan jujur
Siap mendirikan BAALE dengan setiap posisi selain vokal diisi para pemuzik hebat dengan garapan daripada penerbit, Hendra Jayaputra, terlahirnya album perdana pada tahun lalu.
BAALE menelurkan album perdana berjudul FORTUNA pada Mei 2024. Berisi 11 buah lagu, Fortuna secara ringkas membawa maksud nasib baik.
Dan kini peminat BAALE di Malaysia yang sebelum ini hanya mendengar Fortuna daripada spotify atau menonton video klip lagu lewat saluran YouTube dan platform media sosial akan menemui beliau secara langsung.
BAALE buat perdana kali hadir ke Malaysia, tepatnya di Kuala Lumpur bakal mengadakan Konsert BAALE - FORTUNA Live in Kuala Lumpur di Zepp Kuala Lumpur pada 15 Jun 2025 bermula pukul 8 malam.
Dibawakan oleh Miebird Projects, Konsert BAALE - FORTUNA Live in Kuala Lumpur akan mencipta nostalgia paling manis ubat kerinduan peminat di Malaysia.
Maka buat peminat BAALE, jangan sampai terlepas memiliki tiket untuk menjadi salah seorang penonton BAALE - FORTUNA Live in Kuala Lumpur di Zepp KL pada 15 Jun 2025.
Semoga ada FORTUNA (nasib baik) untuk pertemuan anda dan BAALE pada malam itu.
Sila ikuti laman sosial media IG/TikTok/FB @miebirdprojects untuk info terbaru mengenai konsert BAALE - FORTUNA Live in Kuala Lumpur.
Advertisement
Where is it happening?
Zepp Kuala Lumpur, Eurasian Club, Jalan Pudu, Pudu, 55100 Bandar Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia, Kuala LumpurEvent Location & Nearby Stays:
